"Frustration of teaching us the meaning of life. Continue our struggle despite facing resistance by the resistance in your life."

Tuesday, May 31, 2011

Dekatilah Aku Setiap Detik


Assalamualaikum...

Entriku kali ini sungguh menyakitkan hati dan melukakan perasaanku pada waktu ini.

Tidak aku sangkakan, hatiku begitu rapuh untuk menerima dan menempuh semua ini. Kenapa aku diperlakukan sedemikian? Dimanakah pembelaan terhadap diriku selama aku dilahirkan? Dimanakah ruang untuk aku menegakkan keadilan disaat penipuan hampir menguasai mereka? Betulkah tidak wujud kebahagiaan untuk diriku di dunia ini? 

Satu persatu masalah melanda diriku, tidak kurang juga masalah yang telah lama menghantuiku dari dulu.
Sedikit pun mereka tidak hargai kewujudan diriku. Siapakah aku pada mereka? Adakah sekadar bantuan jasadku kepada kehidupan mereka?

Telah lama aku pendamkan masalah ini. Sejak adikku menetap di sekolah asrama itu. Bermula pada itu, segala-galanya berubah. aku seperti hampas yang tiada gunanya lagi, lalu adikku menjadi sanjungan kepada mereka. Bagi mereka, itulah harapan mereka waktu ini, dialah yang akan membawa kebahagiaan kepada keluarga ini. Aku terima dengan tabah kenyataan mereka. Diri ini sedar dimana kedudukan sebenarku. Biarpun luka ini tidak pernah kering mahupun meninggalkan parut lagi sehingga sekarang, aku tetap akan tempuh hari-hariku seperti anak yang lain.
Anggap sahaja seperti tiada apa yang berlaku disekelilingku.

Malah aku bawa luka itu, ke mana sahaja aku pergi. Mereka tidak mengerti betapa pedihnya menjadi orang yang dipinggirkan hanya kerana taraf kecerdikan yang jauh berbeza antara kami. Aku tahu aku tidak sepandai dia, aku tidak secerdik dia, aku tidak sepintar dia. Aku sedar aku dilahirkan di dunia ini pun hanya kebetulan. Setiap kali mengenangkan luka ini, sebak dihati sehingga air mataku bergenang dan akhirnya mengalir tanpa dipinta. 

Setiap detik aku hitung untuk mengira hayat yang tinggal untuk aku bernafas dengan sempurna di bumi Allah ini. Andai kata hayatku tidak panjang, aku bersyukur kerana mungkin inilah saat yang terbaik untuk lukaku menjadi kering seterusnya meninggalkan parut. Parut itu akan aku bawa bertemu Sang Pencipta. 

Dua hari yang lepas, aku mendapat tahu bahawa adikku menunggang motosikal tanpa pengetahuan mereka. Sungguh aku sakit hati dengan sikapnya. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini tahu yang adiknya sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seawal umurnya. Telah aku katakan kepada mereka jangan dimanjakan anak lelaki tetapi sedikit pun kata-kataku tidak diambil kesah. Bukan sekali mahupun dua kali aku ingatkan mereka tetapi hampir setiap hari.
Aku tidak mengerti kenapa sehingga perkara begini berlaku mereka masih berlembut dengan dia sehinggakan boleh keluar malam dan pulang pada pukul 12 tengah malam. Pada aku, detik 12 tengah malam itu, tidak sepatutnya dia masih berada diluar rumah. Tetapi pada mereka, perkara itu sekadar masalah kecil. Aku masih tidak mengerti dengan sikap mereka sampai hari ini.

Masalah mereka berdua membuatkan aku ingin memberontak. Aku tidak mampu harungi keadaan seperti ini jika ia berterusan. nasihatku umpama debu yang hanya memberi kekotoran pada sesuatu permukaan. Tidak diendahkan sama sekali kata-kataku. 

Tiada gunanya aku bergelar "ALONG" di dalam keluarga ini.
Tiada gunanya aku bergelar "ANAK" kepada mereka.
Tiada gunanya aku dilahirkan di dunia ini dari 1993 sehingga sekarang. 

"Ya Allah, berilah aku satu penyakit yang akan menyingkatkan hayatku di dunia ini. Aku tidak tahn dengan sikap manusia disekelilingku ketika ini. Aku seperti tiada guna kepada mereka. Ya Allah, kasihanilah hamba-Mu ini, dia memerlukan bimbingan-Mu untuk menghadapi sisa-sisa hidupnya. Kini, keluarga bukanlah kepentingan bagiku lagi. Hanya Engkau kepentinganku."

Umi & Abah,
Terima kasih kerana melahirkan tiqah ke dunia ini.
Terima kasih kerana memberi segala-galanya yang diperlukan untuk tiqah.
Tetapi hanya satu permintaan tiqah, jagalah adik-adik tiqah kerana mereka adalah harapan dalam keluarga.
Tiada apa lagi sumbangan tiqah dalam keluarga ini. 

Hanya sakaratul maut yang aku nantikan dari sekarang. Sesungguhnya mengingati kematian akan memberi ketenangan kepada diriku. Mungkin pemergianku akan memudahkan kehidupan mereka. 

"Ya Allah, lindungilah mereka dan kehidupan mereka sehingga hari kiamat. Bimbinglah mereka selagi mereka berpegang dengan agama-Mu. Bukakanlah pintu rezeki kepada mereka agar mudah kepada mereka untuk mengabdikan diri kepada-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku jika sepanjang kehidupanku tiada yang baik aku lakukan kepada mereka. Sesungguhnya aku masih sayangkan mereka walaupun berkali mereka lukakan dan sakitkan hatiku. Hati seorang anak mengharapkan keampunan dari kedua ibu bapanya."

Sekian...

Sunday, May 8, 2011

Keampunan Yang Aku Inginkan Dari Ummi

Assalamualaikum...

Lihat dari title post aku kali ini sungguh sayu bunyinya..
Aku tidak pernah sedar hari ibu semakin dekat waktu ini..
Aku hanya memikirkan masa depanku sahaja tanpa menghiraukan hari ibu yang akan datang.
Tidak seperti anak-anak yang lain, segala idea mencurah-curah untuk memberikan kejutan kepada ibu mereka sempena hari ibu nanti.

Tetapi aku.. Tidak sedikit pun memikirkan tentang ummi yang telah mengorbankan segala-galanya untuk anak-anak sejak aku dilahirkan sehinggalah sekarang.

Pelbagai suka dan duka yang ummi tempuh dari hari pertama mendapat tahu aku adalah anak pertama mereka sehingga 18 tahun usiaku meningkat. 
Pelbagai ummi lakukan dan korbankan demi melihat kegembiraan dan kebahagiaan terpancar di wajah anak-anak. Sungguh mulia hati seseorang yang bergelar ummi/ibu/mak/mama.
Allah itu Maha Hebat kerana menjadikan hati seorang ibu sangat cekal dan tabah walau dugaan yang ditempuh itu sangat mencabar. Oleh sebab kesabaran yang dianugerahkan kepada ibu sangat tinggi, ibu sanggup melayan apa jua karenah anak-anak yang pelbagai ragam.
"Ummi, sungguh mulia wajahmu dihatiku. Waktu ini aku merenung wajahmu dengan mata hatiku agar aku dapat merasakan kasih sayangmu itu terhadap anak-anakmu ini. Aku tahu jauh di sudut hatimu jelas tertulis yang ummi menyayangi anak-anak ummi tanpa berbelah bahagi tetapi kami sebagai anak kadang kala melihat itu dengan mata zahir"

Setiap abad, setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap hari dan setiap saat sekalipun, usiamu semakin tua. Itu tidak dapat dinafikan kepada semua yang bergelar hidupan tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuhan. 
Kadangkala Allah mendugamu dengan menurunkan penyakit. Ibu selalu mengadu kepada suami dan anak-anak bahawa ibu sakit waktu ini. Anak-anak hanya mengiakan sahaja tanpa menghulurkan bantuan yang ibu harapkan. Setiap malam ibu mengerang kesakitan tanpa memanggil anak-anak dengan harapan anak-anak datang membantu tanpa dipanggil atau diteriak. Malangnya, tiada seorang pun anaknya yang mengendahkan panggilanmu. 

Selepas 1 minggu berlalu, penyakit itu Allah tarik kembali dari ibu. Ibu bersyukur tidak terhingga walaupun jauh di sudut hatinya terkilan akan sikap anak-anak yang tidak sedikit pun membantu ibu ketika ibu sakit. Penyakit ibu tidaklah teruk hanya pening-pening di kepala.

Ibu simpan sahaja rasa terkilan itu di dalam hati.
Hari silih berganti tanpa setiap insan di dunia menyedari perubahan itu. Pada suatu hari, Allah telah memberi ujian yang sangat hebat kepada ibu apabila ibu diberitahu oleh doktor yang merawatnya bahawa ibu telah menghidap penyakit barah otak atau lebih dikenali dengan brain cancer.
Cancer yang dialami ibu bukanlah pada tahap permulaan tetapi sudah berada di tahap yang sangat kritikal bagi seorang pesakit cancer. Semua perasaan bercampur baur di dalam hati walaupun begitu, ibu tetap memikirkan keadaan anak-anaknya terlebih dahulu. Begitu sekali hati seorang ibu walau macam mana sakit pun anak-anak tetap diutamakan.
Malangnya anak-anak tidak diberitahu tentang perkara ini untuk mengelakkan anak-anaknya risau tentang ibu. Penyakit ibu semakin hari semakin ketara dari sifat fizikalnya. Anak-anaknya tidak sekalipun mengambil berat akan perubahan yang berlaku pada ibu. Ibu semakin lemah dan sentiasa memakan ubat yang diberi oleh doktor untuk menahan sakit. 
Anak-anaknya sering kali meninggalkan ibu ketika ibu sakit. Anak-anaknya pergi mengejar harta dunia yang tidak sama sekali kekal di akhirat kelak. Ibu sentiasa berdoa kepada Allah agar anak-anaknya diberi petunjuk dan rahmat. 
Ibu menanggung kesakitannya sehingga sampai masa untuk Allah menjemput ibu pergi bersama-Nya.
Ayah segera menelefon anak-anaknya untuk pulang ke rumah. ayah memberitahu bahawa ibu sangat lemah ketika itu lalu jawapan yang diberikan oleh anak-anaknya sangat mngecewakan, "Ayah bagilah ibu makan ubat. Nanti sembuhlah ibu tu. Abang, kakak dan saya tak boleh balik sekarang. Tengah kerja. Nanti hujung minggu kami baliklah. Kirim salam pada ibu" 
Sungguh tidak disangkakan anak-anaknya akan memberi jawapan seperti itu dikala ibu memerlukan mereka. 
Perasaan ibu waktu itu sangat terluka akan sikap anak-anaknya yang tidak ada masa sedikit pun untuk ibu. 
Di malam yang sunyi itu, nafas ibu semakin laju, ayah yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib segera melihat keadaan ibu yang sebenar. Jelas terpancar kerisauan seorang suami akan keadaan isterinya. Ayah segera menghubungi anak-anaknya untuk memberitahu keadaan ibu ketika ini. 
Anak-anaknya segera pulang apabila mendengar berita tentang ibu. Dengan keadaan resah dan gelisah yang jelas ditunjukkan oleh anak-anaknya, malam itu mereka pulang dalam keadaan serba salah. Waktu itulah mereka teringatkan detik-detik sedih ketika ibu meminta pertolongan ketika sakit, di saat ibu sakit teruk di rumah, mereka sibuk mencari dan mengumpul harta dunia. Tidak sekali pun mereka menghiraukan sakit yang menimpa ibu. Tidak sekali pun mereka menyelami perasaan seorang ibu yang kecewa disebabkan sikap anak-anaknya. 


Seribu satu perasaan bermain di fikiran sehingga mengganggu emosi mereka ketika memandu. Biasalah di waktu malam jika memandu perlu berhati-hati. Banyak lori-lori besar yang menggunakan lebuhraya itu pada waktu malam berbanding di waktu siang. Ketentuan Allah tidak dapat kita duga, mereka bertiga yang memandu menghala ke rumah ibu dan ayah, mendapat kemalangan yang sangat teruk. 
Tiada lagi peluang untuk anak-anaknya memohon ampun dari ibu. Sekalipun untuk membacakan yaasin kepada ibu yang sedang tenat waktu itu. Mereka segera dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan tetapi kehendak Allah tiada siap dapat menghalang. Pada waktu yang sama, anak-anaknya menemui ajal sebaik sahaja sampai di hospital yang berdekatan itu dan ayah mendapat panggilan dari pihak hospital. Tidak disangka saat itu juga nyawa isterinya pergi tanpa disedari.
Allah Maha Adil. Anak-anaknya tidak sempat untuk menghulurkan tangan memohon kemaafan daripada ibu dan ayah. Ibu pula pergi dengan membawa kesedihan dan kekecewaan terhadap anak-anaknya. Dosa yang telah dilakukan oleh anak-anaknya tidak dapat diampunkan oleh ibu. 


p/s : Di sini saya ingin mengingatkan diri saya dan anda semua bahawa ibu dan ayah hanya ada satu di dunia. Jika yang satu itu tidak kita hargai, maka Allah ambil kembali nikmat yang sangat bernilai itu daripada kita. Tidak akan ada yang dapat menyerupai kasih sayang ibu dan ayah kepada kita. Tiada guna harta yang banyak diberi kepada ibu dan ayah kerana mereka hanya perlukan perhatian kita kepada mereka. Janganlah kita sakiti hati mereka kerana mereka tidak pernah sekali pun menyakiti kita sejak kita dilahirkan di dunia ini sehingga sekarang. Ingatlah wahai insan yang bergelar ANAK.

Wednesday, May 4, 2011

Bukan Kehendak Aku


Assalamualaikum...
Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada USTAZ DR. AZAHAR YAAKOB & USTAZAH NOR HAFIZAH MUSA. Mereka berdua adalah insan yang telah menyedarkan aku di saat aku memerlukan nasihat dan semangat untuk menempuh hidup ini di atas landasan islam itu sendiri. mungkin ini hikmah di sebalik Kem Remaja Soleh Remaja Sukses yang aku hadiri semalam. 
Kem itu sangat bermakna buat aku niarpun yuran pendaftarannya tidak semahal kem-kem yang lain tetapi nilai dari kem itu sangat sangat tinggi dan bermakna.
Selepas ini, Insya-Allah, aku mesti lakukan perubahan dalam hidup aku yang selama ini tidak menentu. 
"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa aku selama ini sepanjang aku hidup di atas bumi yang diciptakan oleh Engkau. Sememangnya aku tidak layak untuk berjalan apatah lagi menjalani kehidupan seharian aku di bumi-Mu yang sangat hebat ini. Ya Allah, berilah aku kudrat yang cukup untuk aku menunaikan perintah-Mu, berilah aku hati yang suci lagi bersinar untuk aku terus bersujud kepada-Mu sehingga aku bertemu dengan-Mu. Ya Allah, sayangilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka menyayangi aku, tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman, bukakanlah pintu rezeki bagi mereka dan permudahkanlah segala urusan yang mereka lakukan. Ya Allah, perbetulkanlah niat kami dalam melakukan apa jua perkara atau kerja hanya kerana-Mu"


Di saat ini, aku ingin jujur bahawa aku masih teringatkan dia. Aku tak tahu mengapa tapi memang aku terlalu rindukan dia waktu ini. Hanya tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa saat ini. 
Tidak sepatutnya ingatan aku melencong untuk mengingati dia tetapi aku mesti mengingati Allah S.W.T. yang telah menciptakan aku di dunia ini. 

"Ya Allah, aku telah melupai-Mu saat ini hanya kerana mengingati seorang kaum Adam dan tidak seharusnya itu berlaku. Maafkanlah aku, ya Allah. Aku tidak berniat untuk melupakan-Mu"

Walau aku mengingati dia saat ini, aku akan segera melupakan dia kerana aku tidak mahu mengejar cinta dari lelaki lagi. Cinta yang aku harapkan ketika ini hanyalah cinta Allah S.W.T..
Sesungguhnya aku memerlukan cinta yang abadi dan tidak pernah memberi luka serta parut di hati ini.

Saturday, April 30, 2011

Sekelip Mata Kau Berubah

Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan

by
Lestari

~

Tak Mungkin Kerna Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

by
Alyah

Thursday, April 28, 2011

LESTARI - Mahligaimu Dari Airmataku

congratulations my friends!!!

Ungkapan yang paling sesuai dan tepat sekali untuk kawan-kawan Aku yang berjaya mendapat tempat di kolej matrikulasi.

"Kawan, aku doakan kau mendapat kejayaan yang sempurna dan menjadi orang yang berjaya suatu masa nanti. Ambillah peluang ini untuk kau menonjolkan diri agar kau yakin dalam setiap perkara di sana. Kau akan bertemu dengan situasi yang baru sama sekali dalam apa jua perkara. Kau carilah sahabat baru yang dapat membimbing kau untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Kawan biar seribu, kasih biarlah satu. Itulah ungkapan yang kau perlu mengerti. Aku di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau di sana. Cari dan tambahkanlah ilmu di dada, tidak kira ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Sesungguhnya kita dituntut untuk mencari ilmu walaupun hayat masih panjang"

Ini adalah pesanan aku kepada kawan-kawan aku yang berjaya menyambung pelajaran. Tidak ada sebarang hadiah ataupun barang yang dapat aku berikan kepada korang tetapi hanyalah doa yang dapat aku kirimkan untuk korang bawa ke sana nanti.

Mungkin suatu masa nanti kita akan bertemu lagi setelah kita semua menjadi orang yang berjaya. Mungkin ada kawan-kawan aku yang menjadi doktor, jurutera, arkitek, guru, dan sebagainya.

Semoga Allah S.W.T. bersama kita semua di mana jua kita berada. Memintalah kamu kepada tuhan-Mu iaitu Allah S.W.T. dan tunaikanlah perintah-Nya tanpa ragu.
amin...

Wednesday, April 27, 2011

THE BEST WAY I DO :D

ini adalah cara yang SANGAT SANGAT terbaik buat diri aku kali ini.
tiada apa yang akan aku fikirkan lagi walau tentang dia sekalipun tidak akan ada.
aku takkan buka facebook dia lagi setiap kali aku "online".
aku takkan hiraukan lagi apa yang akan terjadi kepada dia mahupun eyrah.

"ya Allah, terima kasih kerana memberi aku jalan yang terbaik untuk aku melupakan dia selama-lamanya. walaupun aku tutup "facebook" aku buat selamanya, aku tetap akan berhubung dengan sahabat-sahabat aku melalui telefon. aku sayangkan keluarga aku, kawan-kawan aku dan yang paling utama aku sayang adalah ALLAH S.W.T. dan NABI MUHAMMAD S.A.W.."

sekarang jam menunjukkan pukul 9.30 malam, 3 minit telah berlalu. pada 9.27 malam, pesanan terakhir aku kepada HENZ melalui sistem pesanan ringkas(SMS).

pada pukul 8.45 malam, sms pertama datang dari dia.
aku baca dengan tabah dan membalas dengan tulus ikhlas dari hati aku.

"terima kasih, henz. terima kasih kerana masih sudi membalas sms tiqah tapi tiqah tak dapat teruskan hubungan ini. setiap kali selepas solat, tiqah berdoa untuk henz agar henz dijodohkan dengan wanita yang sempurna di mata dan hati henz."

itu sahaja yang dapat aku katakan kepada dia.
pada saat aku menulis blog ini, aku tidak lagi mengalirkan air mata aku seperti sebelum ini yang mana setiap kali aku teringatkan dia, menulis tentang dia, berfikir tentang dia, aku akan menitiskan air mata.
tetapi kali ini, saat ini, waktu ini dan ketika ini aku tidak lagi membenarkan kesedihan berkuasa di dalam hati aku.
aku juga telah bersedia untuk menghadapi cabaran di luar sana tanpa memikirkan soal hati dan perasaan lagi.
biarlah dia bahagia dengan orang yang tersayang.

aku tidak mahu memberi luka yang sama dan menyiksa hati aku lagi.
cukuplah selama ini hati aku terseksa dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

"kepada blogger-blogger yang membaca atau terbaca ataupun tersinggah dan terbaca, tolong doakan aku agar tidak dipertemukan dengan lelaki yang amat aku sayangi, HEZRIK NURAIMAN BIN MOHD HERMAN. aku nak blogger-blogger di sini tahu bahawa aku tidak sempurna untuk dirinya. biarlah kebahagiaan dia dimenangi oleh wanita yang cukup sempurna berbanding aku."

aku harap ini adalah "post" aku yang terakhir tentang dia.
aku tidak mahu "post-post" akan datang, bercerita tentang dia lagi.
sampai di sini sahaja watak aku di dalam hidup dia.

p/s: kepada kawan-kawan aku, jangan tanya kenapa aku "deactivated" facebook aku ok. faham-faham sendirilah ye. aku sayangkan korang semua. koranglah yang membantu aku selama ini dalam apa jua masalah aku. kalau rindukan aku, call/message aku ok. :D

Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari

KENAPA????

Hari-hari aku berlalu seperti biasa,
tetapi tidak bermakna aku tiada masalah.
Setiap insan mempunyai masalah
malahan yang membezakan setiap insan adalah masalah.
Antara kita mempunyai masalah yang berbeza seperti masalah diri, keluarga, sahabat, jiran tetangga, percintaan dan masalah yang paling utama adalah masalah dengan sang pencipta iaitu Allah S.W.T.

Sering kali diri kita dihimpit dengan masalah yang kadang kala berpunca daripada diri kita sendiri dan kadang kala ia berpunca dari pihak yang lain tetapi kita yang menjadi mangsa.
Kadang-kadang kita terlupa siapa diri kita yang sebenar, dari mana kita berasal.
Tidak semestinya kita ada kad pengenalan diri sudah membuktikan kita mengenali diri kita yang sebenar.
Terdapat pelbagai masalah di dalam fikiran kita misalnya masalah dengan keluarga, kawan-kawan, kekasih dan sebagainya.
Tidak semestinya juga kita dapat menyelesaikan setiap masalah itu, kadang kita memerlukan sumber yang lain untuk membantu kita menyelesaikan masalah kita.

"Untunglah aku, ada kawan-kawan yang memahami perasaan aku walau apa jua masalah yang aku hadapi"
"Untunglah berganda-ganda kepada sesiapa yang menyedari bahawa Allah S.W.T. memahami setiap apa yang kita rasakan sejak kita dilahirkan di dunia sehingga sekarang malahan Dia, sang pencipta kita yang membantu kita di kala kesusahan yang terus menimpa diri kita"

"Allahu akbar, sungguh besar nikmat yang Engkau curahkan kepada kami"

"Sesungguhnya kami tidak layak untuk meminta syurga-Mu atas limpahan dosa-dosa yang telah kami lakukan kepada-Mu. Lalu itu kami jua hamba yang jahil sehinggakan tidak mahu bertaubat walau sekali pun kepada-Mu. Masihkah ada ruang yang tersembunyi untuk kami mencari dan memohon keampunan dari-Mu, ya Allah?"

Isnin bertarikh 25 April 2011 bersamaan 21 Jamadilawal 1432 Hijrah.
Bermula dari jam 8 pagi, aku telah melangkah keluar dari rumah. Pada hari itu, aku harus menjalani "test komputer" di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, aku lulus ujian itu lalu aku pergi ke institut memandu semula untuk menghadiri kelas selama 6 jam (3 jam teori+ 3 jam praktikal).
Tetapi pada pukul 3.30 petang, hujan turun selebat-lebatnya.
Aku dan yang lain terpaksa menundakan praktikal 3 jam itu.

Pada pukul 6.30 petang, aku sampai dirumah.
Aku berasa terlalu lapar ketika itu kerana sejak dari pagi aku tidak menjamah apa-apa walau sedikit pun.
Aku pun menggelupur sambil mencari makanan di dapur.
Alangkah sedinya apabila tiada 1 makanan pun yang boleh aku jamah dirumah. Terpaksalah aku minum air masak sahaja. Aku redha.

Sesuatu telah terjadi ketika aku berada di institut memandu itu.
Dengan kehendak Allah S.W.T., tiba-tiba aku teringatkan lelaki yang bernama HEZRIK NURAIMAN BIN MOHD HERMAN.
aku tidak tahu kenapa aku teringatkan dia di saat itu, sedangkan aku sedang melakukan kerja aku dan aku tidak duduk termenung di sofa hanya untuk mengingati dia.
dengan segera aku menghilangkan ingatanku itu kepadanya.

"Astahgfirullahalazim, kenapa aku jadi begini? Siapa yang menyuruh aku ingat pada dia? Dia bukan milik aku lagi dan tidak sepatutnya aku membiarkan fikiranku memikirkan tentang dia. Ya Allah, aku bermohon keampunan dari-Mu. Jauhkanlah fikiran, hati dan jasad kami dari bertemu pada bila-bila waktu. Aku percaya bahawa aku boleh melupakan dia dengan bantuan Dia, sang pencipta. Amin, amin.. ya rabbal 'alamin..."

Kini, aku telah jatuh hati. Sebenarnya sudah lama tapi kini baru aku sedar. Aku telah jatuh hati kepada drama KAU LAKSANA BULAN. Drama ini diadaptasikan dari sebuah novel karya Aina Emir.

Kadang kala aku perasan yang drama ini sekali-sekala ada menceritakan kisah yang sama berlaku dalam hidup aku. Itu juga salah satu faktor aku menyukai drama ini. Setiap hari isnin-rabu, jam 2.30-3.30 petang, aku menonton drama ini. Kalau satu episod aku tertinggal rasa seperti ingin mengalirkan air mata sahaja sebab setiap episod yang ditayangkan tidak pernah mengecewakan aku.

Hari ini, hari Rabu bertarikh 27 April 2011 bersamaan 23 Jamadilawal 1432 Hijrah.
Dari pukul 7 pagi lagi aku keluar rumah untuk menyihatkan badan(jogging) dengan sahabat aku, NURAMIRA BINTI RAZALI.

Sepanjang perjalanan kami, ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan terutama aku. Kalau aku ada masalah atau cerita gembira, waktu "jogging" lah waktu yang sesuai untuk aku menceritakan segalanya.
Bermula dari hal keluarga sampai hal jiran tetangga pun aku selitkan.
Salah satu kesukaan aku adalah melihat gelagat manusia. Oleh kerana itu, aku lebih suka ke mana-mana dengan pengangkutan awam sahaja. Contohnya, LRT, BAS dan sebagainya.

Walaupun orang kata naik kenderaan awam ini menyusahkan tetapi itu lebih baik daripada memandu sendiri bertambah pula dengan stress. Contohnya, jika kita menaiki bas, kita tidak ambil peduli jalan raya mengalami kesesakan lalu lintas kerana bukan kita yang menghadapi situasi itu tetapi pemandu bas yang melalui situasi itu. Kebanyakan stress datangnya dari kesesakan lalu lintas dan pemandu-pemandu di jalan rayalah yang mengalami stress.

Terdapat satu kisah yang melucukan dan ia terjadi kepada salah seorang penumpang bas awam. Seperti biasa keadaan di dalam bas pada hari manusia bekerja memang tidak dapat diceritakan. Mereka sanggup redah bas yang seakan-akan "tin sardin" itu daripada terpaksa menunggu bas seterusnya. Alasan mereka penat dan ingin sampai cepat di pejabat. Maka, pelbagai jenis perwatakan manusia mengisi bas awam itu. Apabila bas itu sampai di satu perhentian bas yang hampir dengan LRT, bertempiaran manusia-manusia keluar dari bas itu. Boleh dikira dengan jari, baki penumpang-penumpang yang tinggal. Hanya beberapa orang sahaja termasuk aku dan orang yang tersalah bas itu. Destinasi terakhir bas itu di AMPANG POINT.
Dengan senang hati orang tersalah bas itu duduk di dalam bas itu, tiba-tiba bas itu pun tidak menuju ke KLCC tetapi menuju susur keluar dan membuat pusingan balik untuk ke AMPANG POINT.
Aku melihat orang tersalah bas itu menggelupur cuak kerana bas itu tidak menuju ke KLCC. Aku sekadar melihat dan merenung tingkah laku orang itu. Dia mula bertanyakan pada pemandu bas itu lalu pemandu bas itu meninggikan suaranya dan marah kepada orang tersalah bas itu.

"Kesian... apalah nasib dia itu. Terpaksalah dia turun di depan Ampang Point lalu menyeberangi jalan raya itu untuk mendapatkan bas yang menuju ke KLCC pula"
Itulah salah satu gelagat manusia yang menaiki kenderaan awam.

Pada pukul 12.30 tengahari tadi, aku buka "facebook" aku, aku hanya melihat kalau-kalau ada "message" atau "notification". Malangnya tidak ada tetapi ada "friend request". Aku "approve" tapi sebelum itu, aku lihat dulu siapa yang ingin jadi kawan aku. Rupa-rupanya, ANIS KAMILA kawan sekolah aku dulu.
Tiba-tiba aku ternampak satu "post" dari EYRAH SEPET kepada HEZRIK NURAIMAN. Aku baca apa yang di"post"kan itu.
Dengan tidak aku duga, air mata aku mengalir tanpa henti.
Aku tidak tahu kenapa ini terjadi lagi.
Mengapa air mata aku mengalir kerana dia?

Aku sudah tekad bahawa takkan ada air mata yang mengalir disebabkan HEZRIK NURAIMAN BIN MOHD HERMAN.
Aku hampir berjaya melupakan dia dari hidup aku selama ini.
Ternyata kenyataan itu membuatkan semangat aku untuk melupakan dia seakan-akan lesap ditiup angin.

eyrah sepet > hezrik nuraiman

"abg...biarlah abg lepaskn dia..wlU Abg syg dia setinggi lngit..dia xkn thu dn xkn prnh cuba untuk tahu mlahan untuk mmhmi abg..3hr lg abg akn trun dr kapal..eyrah tnggu abg tau..eyrh nk hdiah besar dr abg..keje elk2.."

"Ya Allah, apa semua ini? Aku tidak mampu hadapi situasi ini jika ini terus berulang. Ya Allah, seksanya hidup ini sehinggakan seperti ini aku dilakukan. Berapa lama harus air mata aku mengalir lagi? Walaupun seksa untuk aku hadapi, tetapi aku tetap menghadapinya kerana Engkau percaya akan kemampuan diriku"

NADHIRAH HANI BINTI ZULKEFLI,
Tolonglah aku.
Kenapa ini berlaku? Kenapa masalah ini kembali dalam diri aku?

Sunday, April 24, 2011

sedih~

itulah tajuk yg aku nak luahkan...
aku tak sangka orang yang dikatakan "KAWAN BAIK" malangnya jauh panggang dari api.
baru aku nampak perubahan dia selama ini.
aku ingat bolehlah jadi best friend forever aku.
betullah kata-kata seorang kawan aku ini, katanya "kawan baik adalah kawan yang paling senang menyakitkan hati kita".
aku tak fahamlah, selama ini aku ajak dia keluar, tak boleh sesaje nak follow.
tapi bila dia yang ajak kita keluar bukan mainlah nak sangat kita follow dia.
kalau apa je yang dia plan, dia semangat tapi kalau plan kita nak ajak dia keluar ada je alasan.
then, bila dia keluar dengan orang lain bukan nak inform kat aku.
memang bikin aku PANAS HATI lah macam ini.
tup, tup.. profile pic kat facebook dia da tukar photo baru. photo pulak photo keluar dengan orang lain.
sebelum ini, aku ada ajak dia keluar pergi PWTC. pergi pesta buku antarabangsa tapi ini yang dia kata " tiqah, esok aku tak dapat follow kau. mak aku ada tempahan kuih untuk hari sabtu, lepas zohor".
itu apa yang dia kata, ok aku terimalah alasan dia itu.
tadi pukul 5:30 petang, aku online facebook and blog aku ini.
menyirap darah aku bila aku baca new post dia. dia pergi tengok kawad kaki di sekolah.
tak ada pun dia cakap dengan aku yang dia tak nak follow aku sebab nak pergi tengok kawad kaki. dia bagi alasan mak dia ada tempahan kuih.
tolonglah ya, janganlah nak bagi alasan lain sedangkan apa yang nak dilakukan itu lain.
kalau terus terang dengan aku, tak berdosa pun. aku pun tak da lah nak kecil hati sangat kalau terus terang tapi kalau tak inform langsung, memang lah cari masalah.

entahlah.. aku sampai tak tahu nak cakap apa lagi.
bukan sekali dia buat aku macam ini. dah banyak kali. tapi bukanlah situasi yang sama.
kalau kau tak nak follow aku, cakap awal-awal. terus terang je, "tiqah, aku tak boleh follow ko sebab aku nak pergi tolong junior-junior aku di pertandingan kawad". itu je. aku tak minta pun dia sediakan untuk aku transport nak pergi PWTC itu.

aku tahu aku dah buat salah dengan dia dan aku memang tak patut cerita dengan orang lain
tapi orang yang cerita itu orang yang rapata dengan dia juga. aku tak tahu. anyway, aku minta maaf lah dengan dia kalau selama ini aku tak menjadi kawan yang setia and baik.
aku tahu aku tak jadi kawan yang cukup baik untuk dia. aku minta maaf sekali lagi, kawanku.

selepas ini, dia tak perlulah cerita apa-apa yang penting dengan aku lagi. aku sekadar kawan untuk bergelak ketawa sudah mencukupi bagi diriku. aku tidak minta untuk dijadikan kawan baik korang semua. terima kasih selama ini kerana telah menjadi kawan aku. aku hargai korang semua sebagai kawan aku.

Monday, April 18, 2011

FINALLY...

assalamualaikum...

faham ke dgn pkataan "FINALLY" yg aku maksudkan tu?

finally...
-aku telah membebaskan hati aku dari kesedihan
-aku tak perlu memikirkan kisah aku dan si dia
-aku tak nak terlibat dalam JENAYAH PERCINTAAN

erm.. sejak 2, 3 hari ni aku xbrapa sihat..
kejap lagi pukul 2.30 pm - 3.30 pm ada drama KLB..
WAJIB tonton bagi diri aku...

setiap hari aku tunggu postman
mana tau ada surat tawaran sampai ke kan?
(padahal lambat lagi keputusan)

actually aku takde mood nak bcerita hari ni,..
td aku tengok citer "HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH"
best kot citer tu,..
masuk nie da kali ke-8 aku tengok,..
xboleh lupe kot skrip stiap watak dlm tu...
hahahhaha

~

ok la.. t aku post lg k..
(kalau ada mood la)

sekian,
~atiqah kd~

Wednesday, April 13, 2011

Opick - Rapuh ( bersama lirik )

KAU LAKSANA BULAN


inilah antara lagu yang diselitkan di dalam drama KAU LAKSANA BULAN
drama ini diadaptasikan daripada novel KAU LAKSANA BULAN

~
jalan cerita yang sungguh menarik
kadangkala ia mengaitkan dengan kisah hidup aku
tapi tak apalah
kebetulan semata-mata
cerita ini memang terbaik dari cerita-cerita yang lain
kalau diberi peluang, aku nak tonton cerita ini berkali-kali
kerana jalan cerita dia tidak membosankan langsung
dibarisi denan pelakon-pelakon yang berbakat dan terserlah
kepandaian mereka membawakan watak-watak yang telah diberi
antara pelakon-pelakonnya

~
ayu raudhah
zulhuzaimy
ashraf muslim
diam p.ramlee
fizo omar
dan
ramai lagi

~

ayu raudhah yang memegang watak sebagai adriana, berhaya menghidupkan watak tersebut dengan berkesan. manakala zulhuzaimy pula yang membawa watak firas ali juga mampu menarik minat pembaca novel KLB dan drama KLB untuk mengetahui jalan cerita yang selanjutnya.

Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Putra Malaysia.
Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.

Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.
Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.
Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik, seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.

Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.

Razif merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.

Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.

Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.
Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.
Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.

Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.

Sunday, April 10, 2011

TERIMA KASIH CINTA~

ASSALAMUALAIKUM...

terima kasih cinta...
itulah ayat atau kata-kata yang paling sesuai untuk pertemuan yang setelah sekian lama aku nantikan...



HEZRIK NURAIMAN BIN MOHD HERMAN
nama kpd seorg lelaki yang pernah memberi aku peluang untuk aku merasai APA ITU CINTA..
sepanjang kami mengenali antara satu sama lain, tidak pernah sekali pun DIA menyatakan niatnya untuk menjadi pasangan aku...
tetapi hubungan kami terjalin begitu saja dan itu membuatkan kami pasangan yang istimewa..

pada mulanya, aku merasa terlalu rendah diri untuk mengenali DIA dengan lebih dekat lagi kerana paras rupa DIA yang pada aku tidak sepadan untuk bersama aku.
apalah sangat rupa aku nak dibandingkan dengan kekacakan DIA yang jauh lebih baik dari aku.
itulah penghalang utama antara aku dan DIA..
hubungan kami sebelum ini putus adalah kerana PENGHALANG itu...
pada waktu itu, aku sering mengutarakan masalah itu kepada DIA,.
malah berhasrat untuk melepaskan DIA kepada wanita lain...

sejak pada itu, aku sering bertengkar dengannya..
aku tak faham kenapa penghalang itu menjadikan aku tidak boleh bersama DIA..

TETAPI
sewaktu DIA pergi meninggalkan aku, sejak itu aku mula belajar BAGAIMANA UNTUK MENGHARGAI INSAN YANG TELAH MENYAYANGI KITA..


insan kedua iaitu NADHIRAH HANI BINTI ZULKEFLI...
inilah insan yang sering memberi aku semangat dan nasihat untuk meneruskan hidup selepas aku berpisah dengan DIA...
pada tahun 2010, aku selalu merasa kecewa setiap kali memikirkan perpisahan aku dengan DIA...
aku selalu cakap pada nad(NADHIRAH HANI BINTI ZULKEFLI)
bahawa aku terlalu menyayangi DIA dan aku sanggup tunggu DIA walau apa pun berlaku,..
sifat dan sikap DIA membuatkan aku sayangkan DIA dan merasakan DIA adalah lelaki yang takkan pernah aku jumpa lagi.

~

TETAPI,..
pada saat, waktu dan ketika ini, DIA muncul kembali tanpa diduga kehadirannya..
aku seperti di dalam mimpi..
DIA kembali menyatakan hasratnya untuk membuka lembaran baru bagi HUBUNGAN kami ini...

pada hari jumaat bersamaan 1 April 2011, DIA telah meletakkan aku sebagai
TUNANG DIA di FACEBOOK.
aku terharu apabila DIA melakukan sedemikian..

TAPI,
aku mempunyai satu masalah yang DIA sendiri pun tidak tahu..
CINTA YANG SELAMA INI DIA BERIKAN KEPADA AKU DARI MULA PERKENALAN KAMI, TIDAK LAGI AKU MILIKI DAN RASAI SETELAH KAMI BERPISAH PADA TAHUN LALU.
AKU TIDAK TAHU MENGAPA SEMUA INI TERJADI.
IA BAGAIKAN SEKELIP MATA TERJADI.
AKU TIDAK MINTA UNTUK TIDAK MENYAYANGI DIA LAGI.

TETAPI,...
ada satu hari itu, aku bermimpi yang aku mencari DIA sampai ke JOHOR.
DAN AKHIRNYA, aku bertemu dengan DIA..
tapi di dalam realiti aku tidak berpeluang untuk bertemu dengan DIA walau sekali dalam hidupku..
ini bermakna selama aku mengenali DIA, aku tidak pernah bersemuka dengan DIA walau mendengar suara DIA sekalipun..

aku tidak kisah semua itu tidak aku tempuhi selama aku berkenalan dengan DIA...
malah aku bersyukur, DIA masih memaafkan aku lagi..

HANYA MAAF YANG AKU HARAPKAN SELAMA INI DARI DIA...
KERANA AKU TELAH BANYAK BERBUAT DOSA TERHADAP DIA,

aku memberitahu masalah aku ini kepada kawan rapatku dan mimpi itu juga aku ceritakan kepadanya..
kawan aku kata hati aku memaksa diri aku untuk melupakan DIA padahal sebenarnya aku tidak ingin melupakan DIA mahupun berhenti menyayangi DIA..

this post is dedicated for HEZRIK NURAIMAN BIN MOHD HERMAN
~
ANDAI HENZ SENTIASA MENIKUTI BLOG TIQAH, POST INI ADALAH ISTIMEWA UNTUK HENZ.
TIQAH NAK HENZ TAHU APA YANG TIQAH RASA SELAMA KITA BERKENALAN SEHINGA HARI INI.
TIQAH TIDAK PERNAH MEMBENCI HENZ MAHUPUN BERPALING DARI HENZ.
MALAH TIQAH MAHU HUBUNGAN KITA LEBIH BERMAKNA SAMA SEPERTI ORANG LAIN,
TAPI ANDAI KATA HASRAT TIQAH ITU BUKAN TAKDIR YANG DITENTUKAN ALLAH S.W.T., TIQAH TERIMA DENGAN HATI YANG IKHLAS..
MUNGKIN TIQAH DAH USAHAKAN YANG TERBAIK UNTUK HUBUNGAN KITA TAPI KETETAPAN ALLAH S.W.T. TIDAK SAMA SEPERTI YANG TIQAH RANCANGKAN.

SELAMA KITA KENAL, SERING KALI TIQAH MELUKAKAN HATI HENZ DAN TIDAK PERNAH TIQAH SERIK UNTUK BERHENTI MELUKAKAN HATI HENZ..
~
TETAPI KALI INI, SEJUJURNYA DARI HATI TIQAH, TIQAH INGIN MEMINTA MAAF ATAS SALAH TIQAH SELAMA INI TERHADAP HENZ..
MUNGKIN BANYAK PERKARA YANG HENZ TAK SUKA PADA DIRI TIQAH.

TIQAH TAK PERNAH MINTA HENZ SEDIAKAN TIQAH RUMAH YANG BESAR, KERETA YANG MEWAH, TELEFON BIMBIT YANG MAHAL ATAUPUN EMAS PERTAMA YANG MAHAL..

APA YANG TIQAH HARAPKAN CUMA BERI TIQAH PELUANG UNTUK MEMAHAMI HENZ DENGAN SEBETUL-BETULNYA..

Saturday, February 26, 2011

Tuesday, February 22, 2011

sakitnye~

sakitnye...,
jari2 aku nie ha..

sakitnye...,
hati aku nie ha..

sakit, sakit, sakit...

susah klau kat hati da TERsuke kat SOME1,
suke xbmakne syg..,
itu salah 1 prinsip hidup aku,
bile pk2 balikkan.., mcm xlayak pulak aku suke kat DIE..
yelah kan..
sape aku nak dbandingkan dgn die yg ade rupe lg matang tu kan...

aku nie da la..,
brutal(garang sgt)..
xde rupe..
body pun xde shape...
so mlukut je la kat tepi gantang, tiqah...
hehehhe

_____________________________________________

NOW~!!
aku da keje... part time pun ok la kan...
at least ade pengalaman..
lau g interview mne2 keje ke kan,
xde la segan nak bgtau ade pengalaman...
pengalaman mencabar lak tu...
hehhhehehehe

tp best la keje situ,
membe2 sume sporting KOT.
nak2 plak aku duk kat bahagian yg sume lelaki lg la best..
bukan best sbb ape pun...
sbb kenalah jugak ngan keBRUTAL-an aku, ye x!..
tp pasni ade yg da xde kat situ...
da xbole borak mcm skang n sblum nie..
xsampai hati nak tengok dorg pegi...
syg ngan dorg sume..
da mcm "abg2 aku da dorg tu",
aku dah la xpnah merasa ade abg..
tp ble ngan dorg, br aku tau mcm mne bestnye ade abg..

syukur alhamdulillah~
tpi walaupun dorg akan blarr,
aku tetap ingat kat dorg sampai bile2,..

"nnt kite jumpe at mne2, bole la lepak same..
mne tau ade citer best ke gossip ke kan"
hahahhahaha

skang da bulan 2, dan tak lame lg nak masuk bulan 3...
result SPM pun makinLAH dekat...
aku pun makinLAH risau...
risau~risau~risau~

" ya Allah ya Tuhanku, berikanlah yang terbaik kepada keputusan SPM aku dan kawan2ku. Harapanku agar dapat melanjutkan pelajaranku di matrikulasi mahupun IPTA. Capaikanlah cita2ku untuk menjadi seorang DOKTOR PAKAR YANG BERTERASKAN ISLAM... itu harapan dalam doaku..."

~SEKIAN~