"Frustration of teaching us the meaning of life. Continue our struggle despite facing resistance by the resistance in your life."

Thursday, January 12, 2012

kini kami berLIMA(5)


Assalamualaikum...

Telah sekian lama aku meninggalkan blogku ini sehinggakan labah-labah menjadikan sebagai tempat tinggalnya disini..

Pertama sekali, marilah bersama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada ALLAHYARHAM KU DAUD BIN KU ALI. Arwah adalah ayahanda kepada ATIQAH BINTI KU DAUD. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 5 JANUARI 2012 dan disemadikan pada 6 JANUARI 2012. 

Pada 5 JANUARI 2012 jam 8.20 malam di BILIK T3.13 ASRAMA BLOK MIRA KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR, aku mendapat 1 panggilan dari ummiku. Suara Ummi kedengaran seperti keesakan akibat tangisan. Ummi menyuruhku bersabar mendengarkan apa yang akan diberitahu olehnya kepadaku. 

Suatu ketika dahulu, aku pernah mendengar suara seperti ini juga daripada Ummiku. Ketika itu di fikiranku sedikit pun tidak terlintas tentang perkara yang buruk berlaku kepada ahli keluargaku. Ummi mengatakan bahawa abahku(arwah) dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas yang dialaminya di dalam kereta ketika ingin ke klinik. Mujur ada hamba Allah yang bertanggungjawab membantu dengan menelefon  ke HOSPITAL AMPANG. 

Tetapi kali ini, lebih mengejutkan aku kerana ummiku memberitaku bahawa abah(arwah) telah meninggal dunia. Aku seperti tidak percaya bernakah itu abahku(arwah)? Meninggal dunia? Air mataku keluar berderai-derai tanpa henti. Tiada apa yang mampu aku katakan. suaraku umpama disembunyikan supaya tidak dapat didengari oleh kawan-kawanku apa yang ingin aku katakan. Tidak aku sangka-sangkakan orang yang paling dekat dalam hidup aku pergi begitu sahaja tanpa memberi apa-apa isyarat dan kata-kata sebelum pergi meninggalkan kami 5 beranak. aku seperti kehilangan jantung di dalam badanku ini. kenapa abah(arwah) pergi begitu saja? kenapa abah(arwah) pergi ketika aku jauh dari sisinya? 

Dulu aku selalu berdoa agar ketika ummi dan abahku(arwah) meninggal dunia, biarlah aku berada disisi mereka. Tetapi Allah lebih mengerti apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Maka, Dia tidak meletakkan aku disisi abah(arwah) ketika nyawanya diambil. 

"Ya Allah, Engkau lebih menyayangi abah(arwah) dari kami semua. Lindungilah abah(arwah) di sana, ya Allah. Lindungilah kami 5 beranak disini, ya Allah"


Kami rindukan abah(arwah).. Hatiku betul-betul sedih apabila menjelang hari Khamis.. Mungkin kerana teringatkan detik-detik abahku(arwah) pergi meninggalkan kami 5 beranak.. Kami memerlukan abah(arwah) untuk menjaga kami, melindungi kami, membantu kami, menghiburkan hati kami.. Kami masih memerlukan abah(arwah) di sisi kami.. Mujur abah(arwah) telah mengajar kami itu dan ini sebelum abah(arwah) pergi meninggalkan kami.. Akan kami ingati dan praktikkan dalam kehidupan seharian kami tanpamu, abah(arwah).. Kami sayangkan abah(arwah).. Kami selalu terkenangkan masa-masa ketika bersama abah(arwah).. 

Sekian saja entriku pada kali ini***