"Frustration of teaching us the meaning of life. Continue our struggle despite facing resistance by the resistance in your life."

Wednesday, April 27, 2011

KENAPA????

Hari-hari aku berlalu seperti biasa,
tetapi tidak bermakna aku tiada masalah.
Setiap insan mempunyai masalah
malahan yang membezakan setiap insan adalah masalah.
Antara kita mempunyai masalah yang berbeza seperti masalah diri, keluarga, sahabat, jiran tetangga, percintaan dan masalah yang paling utama adalah masalah dengan sang pencipta iaitu Allah S.W.T.

Sering kali diri kita dihimpit dengan masalah yang kadang kala berpunca daripada diri kita sendiri dan kadang kala ia berpunca dari pihak yang lain tetapi kita yang menjadi mangsa.
Kadang-kadang kita terlupa siapa diri kita yang sebenar, dari mana kita berasal.
Tidak semestinya kita ada kad pengenalan diri sudah membuktikan kita mengenali diri kita yang sebenar.
Terdapat pelbagai masalah di dalam fikiran kita misalnya masalah dengan keluarga, kawan-kawan, kekasih dan sebagainya.
Tidak semestinya juga kita dapat menyelesaikan setiap masalah itu, kadang kita memerlukan sumber yang lain untuk membantu kita menyelesaikan masalah kita.

"Untunglah aku, ada kawan-kawan yang memahami perasaan aku walau apa jua masalah yang aku hadapi"
"Untunglah berganda-ganda kepada sesiapa yang menyedari bahawa Allah S.W.T. memahami setiap apa yang kita rasakan sejak kita dilahirkan di dunia sehingga sekarang malahan Dia, sang pencipta kita yang membantu kita di kala kesusahan yang terus menimpa diri kita"

"Allahu akbar, sungguh besar nikmat yang Engkau curahkan kepada kami"

"Sesungguhnya kami tidak layak untuk meminta syurga-Mu atas limpahan dosa-dosa yang telah kami lakukan kepada-Mu. Lalu itu kami jua hamba yang jahil sehinggakan tidak mahu bertaubat walau sekali pun kepada-Mu. Masihkah ada ruang yang tersembunyi untuk kami mencari dan memohon keampunan dari-Mu, ya Allah?"

Isnin bertarikh 25 April 2011 bersamaan 21 Jamadilawal 1432 Hijrah.
Bermula dari jam 8 pagi, aku telah melangkah keluar dari rumah. Pada hari itu, aku harus menjalani "test komputer" di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, aku lulus ujian itu lalu aku pergi ke institut memandu semula untuk menghadiri kelas selama 6 jam (3 jam teori+ 3 jam praktikal).
Tetapi pada pukul 3.30 petang, hujan turun selebat-lebatnya.
Aku dan yang lain terpaksa menundakan praktikal 3 jam itu.

Pada pukul 6.30 petang, aku sampai dirumah.
Aku berasa terlalu lapar ketika itu kerana sejak dari pagi aku tidak menjamah apa-apa walau sedikit pun.
Aku pun menggelupur sambil mencari makanan di dapur.
Alangkah sedinya apabila tiada 1 makanan pun yang boleh aku jamah dirumah. Terpaksalah aku minum air masak sahaja. Aku redha.

Sesuatu telah terjadi ketika aku berada di institut memandu itu.
Dengan kehendak Allah S.W.T., tiba-tiba aku teringatkan lelaki yang bernama HEZRIK NURAIMAN BIN MOHD HERMAN.
aku tidak tahu kenapa aku teringatkan dia di saat itu, sedangkan aku sedang melakukan kerja aku dan aku tidak duduk termenung di sofa hanya untuk mengingati dia.
dengan segera aku menghilangkan ingatanku itu kepadanya.

"Astahgfirullahalazim, kenapa aku jadi begini? Siapa yang menyuruh aku ingat pada dia? Dia bukan milik aku lagi dan tidak sepatutnya aku membiarkan fikiranku memikirkan tentang dia. Ya Allah, aku bermohon keampunan dari-Mu. Jauhkanlah fikiran, hati dan jasad kami dari bertemu pada bila-bila waktu. Aku percaya bahawa aku boleh melupakan dia dengan bantuan Dia, sang pencipta. Amin, amin.. ya rabbal 'alamin..."

Kini, aku telah jatuh hati. Sebenarnya sudah lama tapi kini baru aku sedar. Aku telah jatuh hati kepada drama KAU LAKSANA BULAN. Drama ini diadaptasikan dari sebuah novel karya Aina Emir.

Kadang kala aku perasan yang drama ini sekali-sekala ada menceritakan kisah yang sama berlaku dalam hidup aku. Itu juga salah satu faktor aku menyukai drama ini. Setiap hari isnin-rabu, jam 2.30-3.30 petang, aku menonton drama ini. Kalau satu episod aku tertinggal rasa seperti ingin mengalirkan air mata sahaja sebab setiap episod yang ditayangkan tidak pernah mengecewakan aku.

Hari ini, hari Rabu bertarikh 27 April 2011 bersamaan 23 Jamadilawal 1432 Hijrah.
Dari pukul 7 pagi lagi aku keluar rumah untuk menyihatkan badan(jogging) dengan sahabat aku, NURAMIRA BINTI RAZALI.

Sepanjang perjalanan kami, ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan terutama aku. Kalau aku ada masalah atau cerita gembira, waktu "jogging" lah waktu yang sesuai untuk aku menceritakan segalanya.
Bermula dari hal keluarga sampai hal jiran tetangga pun aku selitkan.
Salah satu kesukaan aku adalah melihat gelagat manusia. Oleh kerana itu, aku lebih suka ke mana-mana dengan pengangkutan awam sahaja. Contohnya, LRT, BAS dan sebagainya.

Walaupun orang kata naik kenderaan awam ini menyusahkan tetapi itu lebih baik daripada memandu sendiri bertambah pula dengan stress. Contohnya, jika kita menaiki bas, kita tidak ambil peduli jalan raya mengalami kesesakan lalu lintas kerana bukan kita yang menghadapi situasi itu tetapi pemandu bas yang melalui situasi itu. Kebanyakan stress datangnya dari kesesakan lalu lintas dan pemandu-pemandu di jalan rayalah yang mengalami stress.

Terdapat satu kisah yang melucukan dan ia terjadi kepada salah seorang penumpang bas awam. Seperti biasa keadaan di dalam bas pada hari manusia bekerja memang tidak dapat diceritakan. Mereka sanggup redah bas yang seakan-akan "tin sardin" itu daripada terpaksa menunggu bas seterusnya. Alasan mereka penat dan ingin sampai cepat di pejabat. Maka, pelbagai jenis perwatakan manusia mengisi bas awam itu. Apabila bas itu sampai di satu perhentian bas yang hampir dengan LRT, bertempiaran manusia-manusia keluar dari bas itu. Boleh dikira dengan jari, baki penumpang-penumpang yang tinggal. Hanya beberapa orang sahaja termasuk aku dan orang yang tersalah bas itu. Destinasi terakhir bas itu di AMPANG POINT.
Dengan senang hati orang tersalah bas itu duduk di dalam bas itu, tiba-tiba bas itu pun tidak menuju ke KLCC tetapi menuju susur keluar dan membuat pusingan balik untuk ke AMPANG POINT.
Aku melihat orang tersalah bas itu menggelupur cuak kerana bas itu tidak menuju ke KLCC. Aku sekadar melihat dan merenung tingkah laku orang itu. Dia mula bertanyakan pada pemandu bas itu lalu pemandu bas itu meninggikan suaranya dan marah kepada orang tersalah bas itu.

"Kesian... apalah nasib dia itu. Terpaksalah dia turun di depan Ampang Point lalu menyeberangi jalan raya itu untuk mendapatkan bas yang menuju ke KLCC pula"
Itulah salah satu gelagat manusia yang menaiki kenderaan awam.

Pada pukul 12.30 tengahari tadi, aku buka "facebook" aku, aku hanya melihat kalau-kalau ada "message" atau "notification". Malangnya tidak ada tetapi ada "friend request". Aku "approve" tapi sebelum itu, aku lihat dulu siapa yang ingin jadi kawan aku. Rupa-rupanya, ANIS KAMILA kawan sekolah aku dulu.
Tiba-tiba aku ternampak satu "post" dari EYRAH SEPET kepada HEZRIK NURAIMAN. Aku baca apa yang di"post"kan itu.
Dengan tidak aku duga, air mata aku mengalir tanpa henti.
Aku tidak tahu kenapa ini terjadi lagi.
Mengapa air mata aku mengalir kerana dia?

Aku sudah tekad bahawa takkan ada air mata yang mengalir disebabkan HEZRIK NURAIMAN BIN MOHD HERMAN.
Aku hampir berjaya melupakan dia dari hidup aku selama ini.
Ternyata kenyataan itu membuatkan semangat aku untuk melupakan dia seakan-akan lesap ditiup angin.

eyrah sepet > hezrik nuraiman

"abg...biarlah abg lepaskn dia..wlU Abg syg dia setinggi lngit..dia xkn thu dn xkn prnh cuba untuk tahu mlahan untuk mmhmi abg..3hr lg abg akn trun dr kapal..eyrah tnggu abg tau..eyrh nk hdiah besar dr abg..keje elk2.."

"Ya Allah, apa semua ini? Aku tidak mampu hadapi situasi ini jika ini terus berulang. Ya Allah, seksanya hidup ini sehinggakan seperti ini aku dilakukan. Berapa lama harus air mata aku mengalir lagi? Walaupun seksa untuk aku hadapi, tetapi aku tetap menghadapinya kerana Engkau percaya akan kemampuan diriku"

NADHIRAH HANI BINTI ZULKEFLI,
Tolonglah aku.
Kenapa ini berlaku? Kenapa masalah ini kembali dalam diri aku?